Monday , February 6 2023
Utama / Pengumuman / 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍

 

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍
7 Rabiul Akhir 1444H / 02 November 2022 Rabu
إِنَّا ِللّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رٰجِعونَ
Alhamdulillah wakil Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) bersama pihak SRITI DARUL HADIS sempat menziarahi dan menyampaikan sumbangan derma kilat kepada keluarga anak murid SRITI Adeeb Darwish petang kemarin.
Hadis Nabi yang bermaksud “mengingati kematian boleh mengingatkan kita kepada akhirat”, amat wajar ditanam juga pada semua masyarakat khasnya anak anak muda.
Menghadiri ziarah kematian bukan setakat menunjukkan simpati kepada keluarga simati, tetapi juga menghadirkan amal soleh yang lain, ziarah, bacaan alquran, menghubungkan silaturrahim, bersalaman, bersedekah dan sebagainya lagi.
Terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang dermawan, wakil JIBG, guru dan kakitangan yang terlibat. Semoga Allah sentiasa kurniakan rezeki melimpahruah buat kita semua dan semoga amalan baik ini akan terus subur dalam masyarakat kita

Lihat Juga

SELAMAT TAHUN BARU 2023 – SRITI DARUL HADIS

SELAMAT TAHUN BARU 2023 Seluruh warga SRITI Darul Hadis mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023 kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *