Wednesday , October 4 2023
Utama / Berita Terkini / Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-3 SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-3 SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor

     
Alhamdulillah pada 07 April lalu  Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Hadis Tasek Gelugor telah melangsungkan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-3 di Kompleks Sukan MPSP, Bertam.
Pembukaan kejohanan ini dirasmikan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden, manakala penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.
Pelbagai acara dipertandingkan seperti bola sepak dan bola jaring, serta acara balapan antaranya pecut 100 meter dan 4×100 meter serta pelbagai sukaneka melibatkan acara lari dalam guni, tarik bola guna gelung dan lain-lain.
Juara keseluruhan diungguli pasukan Rumah Merah, manakala Naib Johan, Kuning dan ketiga, Hijau, sementara Muhammad Syazwan Muhammad Zaharen dan Nuril Aifa Ibtisam Shaid diumumkan Olahragawan dan Olahragawati. Hadir sama memeriahkan temasya ini adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Tasik Gelogor, Sobri Saleh yang disambut oleh Mudir SRITI Darul Hadis, Ustaz Mohd Kamil Redzuan.

Lihat Juga

Selamat Pengantin Baru Cikgu Najwa dan pasangannya Cikgu Arif.

– Alhamdulillah tahniah. Selamat Pengantin Baru Cikgu Najwa dan pasangannya Cikgu Arif. Selamat melayari bahtera rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *