Wednesday , October 4 2023
Utama / Berita Terkini / RAYA BERSAMA ALUMNI SDHTG BATCH 1

RAYA BERSAMA ALUMNI SDHTG BATCH 1

RAYA BERSAMA ALUMNI SDHTG BATCH 1
Alhamdulillah, dengan rasa penuh syukur saya mewakili pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua alumni yang sudi hadir ke perjumpaan kali pertama. Kemeriahan raya terasa dengan kehadiran para alumni seramai 32 orang.
Tujuan perjumpaan ini dibuat adalah untuk meraikan dan mengumpulkan semua bekas-bekas murid SRITI Darul Hadis disamping mengeratkan ukhwah yang telah terbina selama 6 tahun lebih. InsyaAllah pihak sekolah sedaya upaya akan cuba menganjurkan program tahunan untuk alumni bagi memberi ruang kepada mereka bertemu sahabat-sahabat dan guru-guru SRITI Darul Hadis walaupun kini mereka sudah bertebaran mengejar cita-cita diserata pelusok bumi.
Sekalung ucapan terima kasih juga diucapkan kepada para waris alumni yang turut memberikan kerjasama berkongsi rezeki makanan dan duit raya serta menyokong program anjuran SRITI Darul Hadis. Semoga dipermudahkan urusan dan diluaskan rezeki para waris sekalian.
Kuda poni berlari-lari,
Datang raja sama permaisuri,
Jumpa lagi di lain hari,
Dengan semangat berseri-seri.
Sekian terima kasih.
NUR AIZZAT NOORDIN
Mudirah
SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor

Lihat Juga

Selamat Pengantin Baru Cikgu Najwa dan pasangannya Cikgu Arif.

– Alhamdulillah tahniah. Selamat Pengantin Baru Cikgu Najwa dan pasangannya Cikgu Arif. Selamat melayari bahtera rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *