EDARAN TABUNG INFAQ RAMADAN 1446H/2025
HARI : RABU & KHAMIS
TARIKH : 26 & 27 FEBRUARI 2025
PROGRAM :
Alhamdulillah selesai penyerahan tabung untuk kempen '1 Keluarga 1 Tabung'.
Semoga anak soleh solehah dapat memupuk amalan menabung atau bersedekah dari kecil. Hasil kutipan tabung ini akan disalurkan terus untuk kegunaan Pembangunan Blok Pentadbiran Baharu.
Terima kasih kepada ibu bapa, para penyumbang dan semua ahli keluarga SDHTG yang sentiasa menyokong dan mendoakan kami.
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."