Alhamdulillah dan tahniah kepada anak-anak SRITI DARUL HADIS. Semua berjaya buat yang terbaik dalam MAIS Kebangsaan yang bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka pada 8-9 September 2023 (Jumaat-Sabtu).
Terima kasih semua ibu bapa dan guru-guru yang tak jemu melatih murid dengan itqan dan ikhlas tak kira siang dan malam sehingga saat akhir sebelum program. Allahu Akbar. Semoga Allah membalas jasa baik antum semua.
Terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberi semangat dan peluang pada guru-guru untuk membimbing murid-murid sekaligus mendapat pengalaman yang manis untuk dikenang.
Jutaan terima kasih juga kepada para penyumbang yang berkongsi rezeki bantu melancarkan perjalanan program. Semoga dimurahkan rezeki buat semua
Ada rezeki kita bertemu lagi untuk MAIS tahun hadapan