Wednesday , October 4 2023
Utama / Berita Terkini / KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SRITI DARUL HADIS SIRI 2.0

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SRITI DARUL HADIS SIRI 2.0

Bismillah…
Alhamdulillah, tamat sudah Kem Kepimpinan Pengawas siri 2.0 selama 2 hari 1 malam bertempat di Kem Paya Pahlawan, Jitra ,Kedah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan ALP dan JPS diatas kepercayaan yang diberikan kepada HEM untuk menjalankan program ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Disiplin dan Pengawas Ustazah Aiman Athirah dan Ustaz Arif Muzammil turut merangkap pengarah dan timbalan pengarah program diatas kecekapan dan ketelitian untuk menjayakan objektif kem ini.
Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada barisan guru merangkap AJK dan juga Fasilitator program diatas idea, masa dan tenaga yang dicurahkan demi memastikan program berjalan dengan jayanya.
Buat para waris , terima kasih juga diucapkan diatas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak sekolah.
Kepada barisan pengawas…. semoga kalian lebih memahami dan lebih bersengat untuk menjalankan amanah yang telah diberikan kepada kalian.Semoga kalian menjadi insan yang berjaya dalam akademik dan sahsiah.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada JIBG dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kem kepimpinan pengawas ini.
Terima kasih
Khatrul Nada Osman
HEM SRITIDHTG

Lihat Juga

Selamat Pengantin Baru Cikgu Najwa dan pasangannya Cikgu Arif.

– Alhamdulillah tahniah. Selamat Pengantin Baru Cikgu Najwa dan pasangannya Cikgu Arif. Selamat melayari bahtera rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *