Hari : Jumaat
Tarikh : 14 Julai 2023
Program : Kerana Dirimu Begitu Berharga
Alhamdulillah selesai Program Kerana Dirimu Begitu Berharga yang melibatkan tahun 4 dan 5. Program ini juga melibatkan murid lelaki dan perempuan yang menyentuh bab pengurusan diri dan mencungkil perasaan serta kesedaran menghargai diri sendiri dan orang sekeliling. Antara objektif program ini adalah dapat memahami hakikat kehidupan diri sebagai anak, murid dan masyarakat.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada penceramah kita hari ini iaitu Cikgu Nabihah dan Ustazah Aiman serta semua guru-guru dan murid yang telah berjaya melibatkan diri untuk program ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan oleh semua murid untuk masa akan datang.