Hari : Jumaat
Tarikh : 23 Jun 2023
Program : Kursus Panitia (KUPA) Bahasa Melayu & Matematik
Alhamdulillah sedang berlangsung Kursus Panitia Bahasa Melayu : Teknik Menulis dan Menanda Kertas Peperiksaan bersama Puan Rusila Abdullah dan Kursus Panitia Matematik : Teknik Penggubalan Soalan bersama Cikgu Azhar Guru Matematik dari SK Pinang Tunggal.
Semoga semua ilmu yang dicurahkan menjadi pahala yang mengalir tanpa henti dan jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua penceramah dan guru-guru yang terlibat. Semoga segala ilmu semasa program dapat dipraktikkan oleh guru di sekolah masing-masing