Alhamdulillah..
Tahniah buat anak-anak SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor atas pencapaian yang membanggakan sepanjang sesi persekolahan 2022/2023
Meraih 8 Emas dan 1 Perak bagi 9 acara yang disertai. Satu pencapaian yang amat luar biasa yang mampu dicapai oleh anak-anak SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor. Acara tersebut juga disertai oleh murid-murid dari sekolah-sekolah agama yang lain, ia memberi satu cabaran baharu dan meningkatkan daya saing. Insya-Allah para-para guru dan ibu bapa percaya yang anak-anak SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor boleh bersaing setanding murid-murid lain.