MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI (MAIS) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022
Alhamdulillah, tahniah buat anak-anak SRITI DARUL HADIS 

KEPALA BATAS 7 DISEMBER 2022 RABU – Sekalung tahniah diucapkan kepada murid SRITI DARUL HADIS yang telah membolot semua johan bagi acara Mahrajan Amal Islami Sriti (MAIS) Peringkat Negeri Pulau Pinang. Antara pertandingan yang dijalankan ialah khutbah tahap 1, azan dan iqamah tahap 1 serta azan dan iqamah tahap 2.
Pertandingan :
1) Khutbah = JOHAN (Muhammad Aryan Fayyadh Bin Mohd Mustaqkhim)
2) Azan & Iqamah tahap 1 = JOHAN (Muhammad Shafiy Darwish Bin Mohd Shahrul)
3) Azan & Iqamah tahap 2 = JOHAN (Muhammad Fathi Yakan Bin Husni Amir)
Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru dan ibu bapa yang terlibat dan kerjasama yang diberikan. Mohon doakan kejayaan anak-anak ini ke peringkat seterusnya