MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR & PENYAMPAIAN SAGUHATI SERTA USRAH BULANAN GURU DAN STAF KALI KE-3 SRITI DARUL HADIS TASEK GELUGOR
Alhamdulillah syukur hari ini diberikan kesempatan umur dan waktu untuk meraikan Sambutan Hari Lahir dan Majlis Penyampaian Saguhati kepada semua guru dan staf yang lahir pada bulan Januari sehingga Jun. Selain itu, usrah bulanan juga turut dijalankan bersama. Usrah ini disampaikan oleh Ustazah Norbee.
Semoga segala input yang diperolehi semasa usrah dapat dipraktikkan oleh semua guru dan staf. Terima kasih kepada Ustazah Norbee selaku naqibah usrah pada kali ini dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan warga SDHTG. Semoga SRITI terus CEMERLANG dan semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan dunia akhirat kita bersama