Alhamdulillah selesai pelancaran Program Mentor Mentee yang dijalankan oleh SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor.
Di dalam program ini, murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang mentor yang terdiri dikalangan para guru SRITI Darul Hadis. Mentor mempunyai peranan untuk membimbing, menyokong dan memberi nasihat para mentee mereka.
Semoga dengan pelaksanaan program ini, akan dapat mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor mentee.