PENCAPAIAN ANAK SULUNG SRITI DARUL HADIS
Alhamdulillah
Tahniah diucapkan kepada 7 orang murid tahun 6 SRITI Darul Hadis yang telah berjaya mendapat tawaran melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma’arifin Wataniah 1 (DMW1).
Difahamkan seramai lebih 500 orang calon telah hadir ke sesi temuduga baru-baru ini. Rezeki buat 7 orang anak-anak SRITI Darul Hadis yang turut serta ke temuduga tersebut.
Mereka merupakan murid sulung SRITI Darul Hadis sejak 2017 ketika sekolah baru dibuka.
Kejayaan yang membanggakan pihak sekolah. Didoakan semoga anak-anak SRITI Darul Hadis terus melakar kejayaan di masa hadapan, Insya-Allah.