Sunday , October 24 2021
Utama / Pengenalan

Pengenalan

Ilmu agama yang mengintegrasi diantara ilmu Al-Quran, Hadis dan ukhrawi merupakan tunjang utama dalam kehidupan manusia. Berasaskan kepada kewajipan menuntut ilmu, beramal dengan ilmu berlandaskan panduan Al-Quran dan Sunnah yang dilakukan bagi matlamat utama mencari redha Allah untuk kebahagian dunia dan akhirat.

Justeru itu institusi pendidikan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Tasek Gelugor telah dibina bagi memperkasakan institusi yang dapat memupuk dan membangunkan semangat cintakan Al-Quran, Hadis dan ilmu agama serta memartabatkannya dalam masyarakat Malaysia khasnya di Pulau Pinang.

“MEMBINA GENERASI RABBANI MUROBBI”