Alhamdulillah SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor telah selesai mendaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bagi menubuhkan pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah Malaysia (TKRS) bagi murid tahap 2 (tahun 4, tahun 5 dan tahun 6).
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Mohd Hafife bin Abdul Halim (Penolong Pengarah, Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang) dan Puan Noorhasliza (Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara, PPD SPU) serta guru-guru yang terlibat.
Semoga Allah permudahkan segala urusan anak-anak SRITI DARUL HADIS.
Badan Beruniform
Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
Unit Kokurikulum
SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor