PENYERAHAN CEK PEMBELIAN TANAH MAKMAL SAINS DAN KOMPUTER

Alhamdulillah, pada 30 Disember 2022, pengerusi SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor Ustaz Abdul Razib telah menyerahkan cek pembelian tanah makmal sains dan komputer kepada tuan tanah.
Maka dengan rasminya, tanah tersebut telah menjadi milik SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor. Semoga dengan bertambahnya fasiliti di SRTI Darul Hadis dapat memberi keselesaan dan meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak.
Sekalung penghargaan dan ucapan ribuaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah melaburkan wang ringgit sebagai saham akhirat. Insya-Allah pahala akan terus mengalir kepada semua penyumbang.