SELAMAT TAHUN BARU 2023

Seluruh warga SRITI Darul Hadis mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023 kepada semua terutamanya kepada semua waris, anak-anak didik dan penyumbang-penyumbang yang setia bersama dari mulanya penubuhan sekolah pada tahun 2017 sehingga ke tahun baru 2023 ini dan tahun-tahun seterusnya dengan izin-Nya, Insya-Allah.
Kini telah memasuki tahun ke-7 penubuhan SRITI Darul Hadis setelah melalui segala pengalaman pahit dan manis, maka tahun baru 2023 kita mulakan dengan azam yang baharu dan semangat yang baharu untuk kecemerlangan anak-anak SRITI DARUL HADIS TASEK GELUGOR PULAU PINANG.
Semoga kita dengan semangat tahun baru ini diberi petunjuk, pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT. Rasulullah SAW mengingatkan kita, Sebaik- baik manusia ialah orang yang meningkat umurnya dan bertambah juga amal ibadatnya.
Doakan semoga SRITI Darul Hadis terus maju mengorak langkah mendidik dan melahirkan insan Rabbani dan Murrobbi. Insya-Allah.