Wednesday , October 4 2023
Utama / Berita Terkini / UJIAN SEGAK SRITI DARUL HADIS TASEK GELUGOR

UJIAN SEGAK SRITI DARUL HADIS TASEK GELUGOR

UJIAN SEGAK SRITI DARUL HADIS TASEK GELUGOR

Tarikh : 14 Jun 2023

Hari : Rabu

Program : Ujian SEGAK tahun 4, 5 dan 6

Ujian SEGAK dilaksanakan 2 kali setahun dan keputusannya akan direkodkan dalam #PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum). Komponen kecergasan fizikal yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah.

Apa itu SEGAK ?

SEGAK adalah satu program untuk menilai murid melalui “Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan” untuk murid-murid yang berumur 10 hingga 17 tahun.

Antara ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan ialah :

Ujian BMI (Body Mass Index/Indeks Jisim Badan)

~ mengukur tinggi & berat

~ mengukur tahap dan menilai komposisi badan

Naik turun bangku 3 minit ~ mengukur tahap keupayaan sistem kardiovaskular (pengoperasian sistem peredaran darah)

Tekan tubi / Tekan tubi suaian (perempuan) 1 minit

~ mengukur tahap keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan

Ringkuk separa 1 minit

~ mengukur tahap keupayaan daya tahan dan kekuatan otot abdomen

Jangkau Melunjur

~ mengukur tahap fleksibiliti/kelenturan badan

Pentingnya program sebegini perlu mendapat sokongan/perhatian ibu bapa kerana ujian ini ingin memastikan murid-murid berada ditahap kesihatan yang baik dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang aktif/cergas.

Lihat Juga

Selamat Pengantin Baru Cikgu Najwa dan pasangannya Cikgu Arif.

– Alhamdulillah tahniah. Selamat Pengantin Baru Cikgu Najwa dan pasangannya Cikgu Arif. Selamat melayari bahtera rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *