Wednesday , November 30 2022
Utama / Berita Terkini / PROGRAM MEMBACA JAMBATAN ILMU

PROGRAM MEMBACA JAMBATAN ILMU

PERNAH TAK TENGOK REAKSI ANAK BILA MEREKA PULANG DARI SEKOLAH?”
Pernah tak tanya mereka seronok ke tak pergi sekolah? Masa mula-mula masuk Tahun 1 rata-rata anak-anak seronok pergi sekolah. Sebab mereka baru masuk dunia baru. Dunia persekolahan formal. Di sekolah mereka dapat berjumpa kawan-kawan dan belajar bersosial. Tambahan pula minggu orientasi sekolah boleh bantu tarik minat mereka untuk pergi ke sekolah.
Tapi seronok ni tak panjang. Beberapa bulan selepas itu cubalah lihat reaksi anak anda. Jika anak tak boleh membaca, sesi pembelajaran buatkan mereka hilang minat belajar. Yelah bila cikgu suruh orang lain baca mereka boleh baca. Tapi bila kena giliran anak anda yang belum boleh membaca, mereka akan rasa malu. Sehari dua okay lagi.
Jika setiap hari mereka berada dalam situasi tersebut, lama-lama anak-anak akan rasa hilang seronok dan rasa mereka dipinggirkan. Inilah situasi yang membunuh keseronokan mereka untuk pergi ke sekolah. Sebab itu membaca adalah kemahiran asas yang anak-anak perlu kuasai sebelum ke peringkat sekolah. Bukanlah bermaksud mereka anak-anak yang SUPER PANDAI, tapi mereka rasa lebih berkeyakinan untuk belajar.
Bila cikgu suruh baca, mereka boleh. Bila cikgu suruh eja, mereka dapat. Bila cikgu suruh tulis, mereka boleh buat. Bila cikgu suruh buat kerja rumah, mereka boleh siapkan.
Anak anda macam mana?

Lihat Juga

BENGKEL UPKK 2022 – SUBJEK LUGHAH AL-QURAN (BAHASA ARAB)

    BENGKEL UPKK 2022 – SUBJEK LUGHAH AL-QURAN (BAHASA ARAB)   19 OKTOBER 2022 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *