UJIAN SEGAK SRITI DARUL HADIS TASEK GELUGOR
TARIKH : 14 JUN 2023
HARI : RABU
PROGRAM : UJIAN SEGAK TAHUN 4, 5 DAN 6
UJIAN SEGAK DILAKSANAKAN 2 KALI SETAHUN DAN KEPUTUSANNYA AKAN DIREKODKAN DALAM #PAJSK (PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KOKURIKULUM). KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL YANG DIUKUR DALAM SEGAK TERKANDUNG DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.
APA ITU SEGAK ?
SEGAK ADALAH SATU PROGRAM UNTUK MENILAI MURID MELALUI “STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN” UNTUK MURID-MURID YANG BERUMUR 10 HINGGA 17 TAHUN.
ANTARA UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL BAGI MENGUKUR TAHAP KECERGASAN FIZIKAL MURID BERDASARKAN KESIHATAN IALAH :
UJIAN BMI (BODY MASS INDEX/INDEKS JISIM BADAN)
~ MENGUKUR TINGGI & BERAT
~ MENGUKUR TAHAP DAN MENILAI KOMPOSISI BADAN
NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT ~ MENGUKUR TAHAP KEUPAYAAN SISTEM KARDIOVASKULAR (PENGOPERASIAN SISTEM PEREDARAN DARAH)
TEKAN TUBI / TEKAN TUBI SUAIAN (PEREMPUAN) 1 MINIT
~ MENGUKUR TAHAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN
RINGKUK SEPARA 1 MINIT
~ MENGUKUR TAHAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN
JANGKAU MELUNJUR
~ MENGUKUR TAHAP FLEKSIBILITI/KELENTURAN BADAN
PENTINGNYA PROGRAM SEBEGINI PERLU MENDAPAT SOKONGAN/PERHATIAN IBU BAPA KERANA UJIAN INI INGIN MEMASTIKAN MURID-MURID BERADA DITAHAP KESIHATAN YANG BAIK DAN SENTIASA MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG AKTIF/CERGAS.